Tuesday 11 August 2009

Ke Majils Tilawah Al-Qur'an


Malam Minggu lalu Yasin ke PWTC, KL. Yasin tengok Tilawah Al-Qur'an peringkat antarabangsa. Wow! Inilah kali pertama Yasin dapat tengok acara ini secara hidup. Sebelum ini Yasin tengok kat tv sahaja.

Malam itu dewan penuh. Mungkin sebab malam cuti. Acara bermula pukul 8.45 malam. 11 peserta mengaji. Mereka dari berbagai negara. Ada dari Thailand, India, Iran dan Sri Lanka. Negara yang tidak pernah Yasin dengar pun ada. Yasin pun dah lupa... Rasa-rasa Yasin pun nak jadi macam diorang. Suara mereka sedap. Tapi setakat ni Yasin cuma dapat masuk pertandingan azan wakil sekolah aje.

Pukul 11.30 malam acara pun tamat. Masa pulang, Yasin terserempak dengan sekumpulan orang Arab. Abah kata itu barisan hakim pertandingan. Salah seorang telah mencubit pipi Yasin. Mungkin rupa Yasin sama macam anak dia kot.

6 comments:

  1. pakngah tengok muka yasin mmg ada rupa budak arab... kena pulak kalau pakai tarbus... mmg arab abis... nama kena tukar jd syeikh ahmad yasin al-buntari

    ReplyDelete
  2. Ye ke pakngah? Sedap jugak nama tu... tapi tang al-buntari tu kureng cikit...

    ReplyDelete
  3. Naib Johan Tilawah sapa nama dia Yassin....dah lupa la pula?

    ReplyDelete
  4. kalau qari peserta dari Iran.Tapi nama dia lupa la pulak..

    ReplyDelete
  5. Ha! Ha! Ha! Melayu mudah lupa!

    Kalau macam tu cuba teka siapa nama qari yang menang tu? Ada hadiah tapi RAHSIA!

    ReplyDelete
  6. i don know lar...tpi...nak hadiah...

    ReplyDelete