Wednesday 5 August 2009

Demam


Gambar: Bersiap untuk pergi ke kem "Melentur Buluh"

Petang Ahad,Yasin baru balik daripada kem MELENTUR BULOH. Pada hari itu Yasin berasa masih cergas dan sihat lagi. Tapi pada keesokan harinya selepas mama kejutkan Yasin daripada tidur untuk pergi ke sekolah, Yasin berasa seperti tidak bermaya untuk bergerak dan berasa amat letih untuk pergi ke sekolah. Selepas Yasin siap memakai baju sekolah Yasin baring di sofa. Apabila mama turun ke bawah, mama pegang dahi Yasin. Mama macam terperanjat... "Hah! Panas badan ni! Tak payah pergi sekolah!" Memang badan Yasin panas ketika tu. Yasin diam je. Malamnya abah bawak Yasin ke klinik. Yasin dapat cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa. Best jugak duduk rumah takde buat ape-ape. Pada hari Rabu Yasin telah kembali sihat dan cergas semula. Bersyukur kepada Allah.

2 comments:

  1. BESAR NIKMAT TAU KALAU DAPAT REZEKI SIHAT.
    Alhamdulillah semoga kita seluruh keluarga mendapat menjalankan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

    ReplyDelete