Friday 21 August 2009

selamat berpuasa


Yasin rasa amat seronok bila masuk bulan Ramadan. Tak tahu kenapa. Walau pun Yasin kena puasa tapi seronok. Abah kata itu tanda orang beriman. Ye ke? Alhamdulillah...

Yasin mula puasa penuh masa umur Yasin 6 tahun. Memang abah dan mama ajar Yasin begitu. Semua abang dan kakak Yasin pun mula puasa penuh masa umur 6 tahun. Masa umur 5 tahun puasa tidak penuh. Dah tak ingat dah berapa hari...

Sungguh seronok bila tiba waktu berbuka. Mama selalu masak makanan kegemaran Yasin. Yasin tahu mama layan Yasin sebab nak pujuk Yasin jangan tinggal puasa. Tapi Yasin tahu, ustaz selalu cakap kita puasa mesti kerana Allah.

Yasin solat terawih di surau. Tapi kadang-kadang ada juga kat rumah. Seronok! Dapat jumpa kawan-kawan dan dapat makan moree. Kadang-kadang nasi beriani, kadang-kadang satey. Kadang-kadang KFC pun ada...

Tapi tak seronoknya sebab tak boleh makan lama-lama... nanti Kaklong dan abang Iwan marah... sebab diorang dah lama dok tunggu Yasin dalam kereta.

4 comments:

  1. Selamat berpuasa, semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.....Ikhlas dari Ashmaan sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa juga buat Ashmaan dan keluarga. Ashmaan raya kat mana tahun ni?

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

    p/s: Harap maaf, tolong update blog anda dengan kadar segera!

    ReplyDelete