Saturday, 30 July 2011

terkam harimau malaya


Benarkah apa yang yasin nampak ni? Ataukah yasin sedang bermimpi? Beberapa kali Yasin menggosok-gosok mata namun masih nampak seperti apa yang Yasin sedang nampak. Seekor harimau belang sedang lepak di halaman rumah... Bukan Harimau Malaya. Kalau Harimau Malaya boleh Yasin mintak autograf.

Mungkinkah harimau belang ini terlepas dari zoo? Atau dia tersesat jalan ke hutan? Apakah yang harus Yasin buat? Patutkah Yasin melarikan diri atau melawan yang belum tentu menang tewasnya?

Ahhh!!! Apa guna ilmu di dada kalau tidak diamalkan. Yasin nekad untuk melawan. Yasin mesti menangkap harimau itu untuk dibawa pulang ke zoo. Kalau dibiarkan mungkin akan mencederakan orang ramai.

Yasin membuka langkah yang pertama. Yasin berjalan menuju ke arah harimau dari arah belakang secara perlahan-lahan. Semakin dekat semakin terasa auranya. Yasin membuka langkah yang kedua. Eyahh! Yasin terus menerkam si Belang sebelum sempat dia menoleh ke belakang. Dia tidak sempat berbuat apa-apa... Langsung tidak meronta.

Memang dia tidak mampu melawan pun sebab ia adalah sebuah patung Harimau Malaya... Inilah adalah sekadar aksi lagak ngeri Yasin apabila mendapat bengkung awan putih. Hehehe...

6 comments:

  1. aku ingat betul2 tadi -__-"

    ReplyDelete
  2. salam fairuz,
    Memula Yasin pun ingat betul!

    ReplyDelete
  3. laa.. ingatkan harimau betol td huhu

    ReplyDelete
  4. salam aefa,
    memang betul nampak betul...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Adik Yassin,
    pandai Yassin buat lawak. Auntie penah tengok patung rimo yg besar lagi dr ni. Diorang jual letak atas keta, life-size. Tima kasih ziarah blog Auntie. Salam kenal!

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam auntie...hehehe..

    ReplyDelete