Tuesday, 26 July 2011

Ujian Yang Pertama


Pada hari Ahad 24 Julai 2011 Yasin telah mengharungi satu ujian peringkat pertama untuk memiliki Bengkung Awan Putih dalam Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.

Fuhh! Sungguh getir dan mencabar! Walaupun telah banyak latihan yang di jalankan Yasin masih berasa keperitannya. Tidak dapat untuk dibayangkan apabila menghadapi ujian-ujian untuk merebut bengkung pada peringkat yang lebih tinggi nanti.

Namun begitu Yasin akan terus berusaha untuk mencapainya. Buat masa sekarang Yasin sedang giat berlatih untuk memantapkan susuk badan dan kekuatan stamina. Yasin mesti makan lebih makanan yang berkhasiat seperti telur, daging dan sayuran. Minum minuman seperti madu, susu dan milo. Jauhkan makanan ringan seperti keropok walaupun Yasin amat menyukainya.

Err... tapi mama kata sepupu Yasin yang kat kampung baru sekolah tadika, pompuan pulak tu, sudah ada bengkung putih. Yeee ke?

4 comments:

  1. wah macam mana ni...sepupu perempuan kecik lagi dah ada bengkung putih? hehe.

    apa2 pun good luck ya adik yasin :)

    ReplyDelete
  2. salam kak syaza,
    apa nak buat... mungkin dia dah join silat sejak dari dalam perut ibu dia lagi...Hehehe

    ReplyDelete