Saturday 25 July 2009

gotong-royong

Pagi tadi sekolah Yasin ada gotong-royong. Yasin dan kawan-kawan saling bekerjasama membersihkan kelas.

Yasin telah buat banyak kerja. Lap tingkap, menyapu lantai, bersihkan kipas, susun meja dan memadam papan hitam.

Wow! Dalam masa setengah jam sahaja kelas kami telah pun bersih.

Kemudian Yasin dan kawan-kawan tolong bersihkan kelas-kelas yang lain pula. Termasuklah kelas Tahun 1.

Fuh! Walaupun penat tetapi Yasin berasa amat gembira kerana dalam masa dua jam kami telah berjaya membersihkan 4 kelas.

3 comments:

  1. Salam anakku,
    Biasakan dengan kerja-kerja amal. Kelas gitu...

    ReplyDelete
  2. oh!!gitu ya..insyaallah yasin akan amalkan dengan sifat tuu..

    ReplyDelete
  3. Bagus ini kerja yang bagus. Beramal kerana Allah. Ini projek membangun jiwa. Membuahkan akhlak yang terpuji.

    ReplyDelete