Tuesday, 1 December 2009

di rumah atuk


Sesekali Yasin balik kampung, apabila berada di rumah atuk memang damai. Memang tenang. Tidak bising. Tidak ada gangguan. Kalau kita seorang penulis, banyak idea yang boleh kita tulis. Kalau kita seorang pelukis, macam-macam gambar yang boleh kita lukis.

Sebagai seorang pelajar pula Yasin rasa kalau kita manafaatkan masa ini untuk menghafal pelajaran amatlah sesuai. Tentu senang nak mengingat.

Tetapi masalahnya bila dah jumpa sedara sebaya dah tak ingat apa-apa dah selain daripada aktiviti kampung yang amat menyeronokkan.

Wednesday, 11 November 2009

bowling kelapa




Dua hari lepas, Yasin ikut Acik pergi ke program Hari Keluarga opisnya. Program diadakan di Ulu Langat.

Pelbagai acara telah diadakan. Selain dari acara mandi sungai, Yasin turut mengambil bahagian dalam beberapa acara. Antaranya Pertandingan Mewarna dan Bowling Kelapa.

Haa... tentu kawan-kawan tidak pernah dengar acara Bowling Kelapa ni kan? Memang... Yasin pun baru pertama kali dengar. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat gambar di atas. (sepatutnya video).

Hee... hee... walaupun Yasin tidak menang tetapi Yasin seronok menyertainya. Semoga suatu hari nanti acara ini akan menjadi satu acara yang akan dipertandingkan di sukan Olimpik.

Saturday, 7 November 2009

Mengecat pagar


Ini bukan berlakun lagi. Ini betul-betul... Yasin memang suka mewarna. Baru-baru ini abah telah mengambil kesempatan di atas minat Yasin untuk mengecat pagar rumah yang telah berkarat. Walau bagaimana pun Yasin telah dibantu oleh Abang Iwan.

Setelah beberapa jam, akhirnya pagar siap dicat. Walaupun Yasin tidak puas hati dengan warna cat yang abah beli iaitu warna kelabu, abah kata dia sungguh puas hati dengan hasil kerja Yasin. Alhamdulillah... dapatlah jugak minum air kelapa, abah belanja.

Cuma ada sikit yang tidak sedap didengar. Abah kata kalau macam ni, bolehlah cat rumah pulak... Alamak!!!

Saturday, 24 October 2009

yasin berlakon


Naqheil asalnya seorang budak yang baik dan bijak. Entah macam mana dia telah diperangkap oleh budak-budak nakal sehingga dia terlibat dengan masalah dadah.

Kisah bermula apabila pada suatu hari Naqheil terserempak dengan Izzat seorang penagih dadah. Izzat telah mempengaruhi Naqheil untuk mencuba dadah. Pada mulanya Naqheil menolak tetapi setelah dipaksa Naqheil akhirnya mengalah.

Lama-kelamaan Naqheil telah ketagih dadah. Izzat tidak mahu lagi memberi dadah secara percuma kepada Naqheil. Mahu tidak mahu Naqheil mesti membelinya daripada Fikry, seorang pengedar dadah.

Naqheil tidak ada duit. Dia selongkar bilik emaknya untuk mendapatkan duit. Emak dan ayah Naqheil dapat tahu perbuatan tidak baik Naqheil itu. Mereka memarahi Naqheil. Naqheil lalu melarikan diri dari rumah.

Ayah Naqheil telefon polis. Polis terus bertindak mencari Naqheil. Akhirnya Naqheil ditemui bersama Izzat dalam keadaan yang menghayalkan. Mereka terus dihantar ke pusat pemulihan dadah. Polis juga memburu Fikry sehingga berjaya memberkasnya lalu dijatuhkan hukuman gantung.

Haa… haa… kalau nak tahu polis itu adalah Yasin.

( Ini adalah sebuah lakonan pentas Yasin bersama kekawan sekolah atas arahan cikgu. Memula kami tak mahu, tapi apabila cikgu berjanji akan memberi markah bonus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kami boleh saja… )

Friday, 21 August 2009

selamat berpuasa


Yasin rasa amat seronok bila masuk bulan Ramadan. Tak tahu kenapa. Walau pun Yasin kena puasa tapi seronok. Abah kata itu tanda orang beriman. Ye ke? Alhamdulillah...

Yasin mula puasa penuh masa umur Yasin 6 tahun. Memang abah dan mama ajar Yasin begitu. Semua abang dan kakak Yasin pun mula puasa penuh masa umur 6 tahun. Masa umur 5 tahun puasa tidak penuh. Dah tak ingat dah berapa hari...

Sungguh seronok bila tiba waktu berbuka. Mama selalu masak makanan kegemaran Yasin. Yasin tahu mama layan Yasin sebab nak pujuk Yasin jangan tinggal puasa. Tapi Yasin tahu, ustaz selalu cakap kita puasa mesti kerana Allah.

Yasin solat terawih di surau. Tapi kadang-kadang ada juga kat rumah. Seronok! Dapat jumpa kawan-kawan dan dapat makan moree. Kadang-kadang nasi beriani, kadang-kadang satey. Kadang-kadang KFC pun ada...

Tapi tak seronoknya sebab tak boleh makan lama-lama... nanti Kaklong dan abang Iwan marah... sebab diorang dah lama dok tunggu Yasin dalam kereta.

Tuesday, 11 August 2009

Ke Majils Tilawah Al-Qur'an


Malam Minggu lalu Yasin ke PWTC, KL. Yasin tengok Tilawah Al-Qur'an peringkat antarabangsa. Wow! Inilah kali pertama Yasin dapat tengok acara ini secara hidup. Sebelum ini Yasin tengok kat tv sahaja.

Malam itu dewan penuh. Mungkin sebab malam cuti. Acara bermula pukul 8.45 malam. 11 peserta mengaji. Mereka dari berbagai negara. Ada dari Thailand, India, Iran dan Sri Lanka. Negara yang tidak pernah Yasin dengar pun ada. Yasin pun dah lupa... Rasa-rasa Yasin pun nak jadi macam diorang. Suara mereka sedap. Tapi setakat ni Yasin cuma dapat masuk pertandingan azan wakil sekolah aje.

Pukul 11.30 malam acara pun tamat. Masa pulang, Yasin terserempak dengan sekumpulan orang Arab. Abah kata itu barisan hakim pertandingan. Salah seorang telah mencubit pipi Yasin. Mungkin rupa Yasin sama macam anak dia kot.

Wednesday, 5 August 2009

Demam


Gambar: Bersiap untuk pergi ke kem "Melentur Buluh"

Petang Ahad,Yasin baru balik daripada kem MELENTUR BULOH. Pada hari itu Yasin berasa masih cergas dan sihat lagi. Tapi pada keesokan harinya selepas mama kejutkan Yasin daripada tidur untuk pergi ke sekolah, Yasin berasa seperti tidak bermaya untuk bergerak dan berasa amat letih untuk pergi ke sekolah. Selepas Yasin siap memakai baju sekolah Yasin baring di sofa. Apabila mama turun ke bawah, mama pegang dahi Yasin. Mama macam terperanjat... "Hah! Panas badan ni! Tak payah pergi sekolah!" Memang badan Yasin panas ketika tu. Yasin diam je. Malamnya abah bawak Yasin ke klinik. Yasin dapat cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa. Best jugak duduk rumah takde buat ape-ape. Pada hari Rabu Yasin telah kembali sihat dan cergas semula. Bersyukur kepada Allah.