Saturday 25 December 2010

si penangkap gonggok


Gambar: Berbaju merah diatas meja ialah Iman Haikal dan berbaju merah berdiri ialah Aiman Hakim.

Iman Haikal adalah saudara sepupu Yasin. Umur dia 3 tahun. Dia merupakan adik kepada Aiman Hakim yang berumur 5 tahun. Badan yang lebih gempal dan suaranya yang lebih garau apabila bercakap menyebabkan dia ditakuti oleh abangnya.

Paling dikagumi dan ditakuti oleh abang termasuk juga rakan-rakan sebayanya ialah kerana keberanian Haikal menangkap ulat gonggok. Kebetulan di halaman depan rumah Yasin banyak terdapat ulat gonggok. Yasin sendiri terasa geli dan seriau untuk menyentuhnya. Haikal dengan selamba boleh menangkap sambil mengacah-acah abang dan rakan-rakan sebayanya ketika bermain. Maka bertempiaran mereka lari sambil menjerit-jerit.

Selalunya keadaan seperti ini tidak akan terhenti selagi mama tidak mengarahkan Haikal supaya membuang gonggol dari tangannya.

Namun setiap yang kuat ada lemahnya, setiap yang berani ada takutnya. Haikal juga begitu. Ada satu benda yang boleh mengalah dan melemahkannya. Apabila ditunjuk sahaja kepadanya, Haikal pasti pula akan lari lintang pukang ketakutan... “lada kering”.

4 comments:

  1. Assalam... Seronok membaca penulisan Yasin mengenai kehidupan Yasin. Pada pandangan penulis Minda Insan, Yasin mesti boleh akan mendapat keputusan yang baik dalam subjek bahasa Melayu. Insya-Allah...

    Satu lagi, ketakutan kepada ulat gonggok itu boleh diatasi sebenarnya. Cuba bayangkan dan anggaplah ulat gonggok itu sesuatu benda yang tidak menggelikan dan tidak memberikan sebarang kesan. Insya-Allah, lama-lama takut tu bolehlah kurang. Tapi kene betul-betul la.

    Sekian, terima kasih dari Minda Insan

    ReplyDelete
  2. wah wah !!!!! maju la yasin.....maju maju.....comey adek2 tuh.....

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam... Penulisan aje ok tapi subjek lain KO! Apa nak buat... terima kasih minda insan.

    ReplyDelete
  4. Eh! Adik-adik tu comey,sbb abang-abang nya macho... hehehe... gurau aje... Eleh kau lagi maju... tahniah!

    ReplyDelete