Saturday 4 December 2010

tidur, makan, main game...


Lama sungguh Yasin tak update blog. Dah lebih sebulan. Yelah... sejak sebelum upsr, kemudian masuk upsr, tamat upsr sampailah keluar keputusan upsr. Bukannya malas, tapi masalah jari bengkak untuk menekan button keyboard.

Sebabnya, bila mula cuti sekolah Yasin duduk rumah ajelah. Aktiviti harian ialah tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Sesekali ada la jugak Yasin folo famili pergi kenduri kahwin. Tak baik hampakan ajakan ibubapa. Bila balik rumah, mulalah balik aktiviti tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Agak seronok sikit apabila melayan kerenah anak-anak buah time diorang ada. Boleh juga gurau-gurau, buli-buli dan sakat-sakat sampai diorang dah nangis dan tidur. Yasin pun turut tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Kekadang tu rasa boring jugak tapi apa lagi yang boleh buat. Daripada melepak tak tentu pasal, bercampur dengan bebudak nakal, baiklah tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Ada juga kekawan ajak keluar pegi bandar tengok wayang, main boling dan makan kfc. Ahh... buat ape membazir duit, baik dok rumah tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Ehhh! Mana boleh tak solat. Jangan menjadi orang yang lalai. Waktu solat berhentilah kejap. Kemudian sambunglah aktiviti tidur, makan, main game, tidur, makan, main game, tidur, makan, main game...

Beberapa hari lepas abah membuat kerja menggunakan komputer kat rumah. Alamak... GAME OVER!

2 comments:

  1. yasin.....yasin haha !....xpe asalkan solat !

    ReplyDelete
  2. Betul tu Yasin, sesuatu perkara yang paling penting ialah mengikut ibu bapa ke kenduri kahwin. Kalau Yasin masih ingat lagi, perkara yang kita perlu kita teruskan ialah berbuat baik dengan kenalan ibu bapa kita bila mereka sudah tiada nanti. Pahala dapatnya. Insya-Allah.

    Satu lagi, perkara yang perlu dicontohi oleh rakan-rakan Yasin yang lain ialah solat wajib dilaksanakan. Jangan ditinggal walau apa pun keadaannya. Insya-Allah... Selamat dunia akhirat..

    Coretan dari Minda Insan Terima kasih.

    ReplyDelete