Saturday, 25 July 2009

gotong-royong

Pagi tadi sekolah Yasin ada gotong-royong. Yasin dan kawan-kawan saling bekerjasama membersihkan kelas.

Yasin telah buat banyak kerja. Lap tingkap, menyapu lantai, bersihkan kipas, susun meja dan memadam papan hitam.

Wow! Dalam masa setengah jam sahaja kelas kami telah pun bersih.

Kemudian Yasin dan kawan-kawan tolong bersihkan kelas-kelas yang lain pula. Termasuklah kelas Tahun 1.

Fuh! Walaupun penat tetapi Yasin berasa amat gembira kerana dalam masa dua jam kami telah berjaya membersihkan 4 kelas.

Saturday, 4 July 2009

Yasin dan Angah






Minggu lepas Yasin balik kampung. Kampung Parit Tok Ngah, Parit Buntar Perak. Seronok! Sebab lama dah Yasin tak balik kampung. Dapat jumpa atuk, jumpa pak teh, mak teh, pak lang, mak lang dan saudara-saudara sepupu. Tapi Yasin rasa tak puas sangat sebab kejap sangat.

Sebenarnya balik kampung bukan tujuan utama. Kami cuma berhenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis. Yasin ikut keluarga hantar Angah masuk UITM Perlis. Sepanjang perjalanan Yasin dapat melihat pemandangan yang sungguh cantik. Sawah padi yang menguning dan bukit-bukau yang menghijau.

UITM sungguh luas. Susah nak ingat jalan. Yasin rasa sungguh bangga dengan Angah kerana dapat masuk U. Yasin pun berazam akan belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat masuk U. Dapat ikut jejak Angah.

Yasin nampak Angah sungguh ceria. Dia jumpa ramai kawan lamanya. Selepas Angah masuk asrama, kami pun nak balik. Sedih jugak nak tinggalkan Angah. Angah pun sedih juga. Tapi tak pe, nanti kami datang lagi.

Saturday, 20 June 2009

teka-teki

1. Apakah dia kenderaan empat pemandu satu penumpang?

2. Kapal terbang masuk gua keluar apa?

3. Kenapa cucur udang tidak ada udang?

4. Orang panjat pokok nampak bukit, kura-kura panjat pokok nampak apa?

5. Kereta apa yang tidak dipanggil kereta?

Teka-teki ini boleh dijawab oleh semua kecuali adik-beradik dan saudara terdekat. Sebab mereka telah tahu jawapannya. Sesiapa yang dapat menjawab tiga daripada lima soalan akan mendapat hadiah misteri dari Yasin. Tarikh tutup penyertaan ialah sehingga anda giveup. Hahaha.....

Friday, 5 June 2009

model sambilan







Pakcik Camca ialah seorang jurugambar. Suatu hari dia datang ke rumah Yasin. Dia minta Yasin menjadi model buku sekolah. Rezeki jangan ditolak. Yasin setuju aje... Pak cik Camca membawa Yasin ke Taman Tasik Cempaka sebagai lokasi penggambaran. Yasin pun beraksi lagak seorang model profesional. Apa kata kawan-kawan, ada gaya tak?

Saturday, 30 May 2009

Ke Pasar Semenyih

Hari ini Yasin, abah, mama dan kak long pergi ke pasar Semenyih. Mama beli ikan, ayam, udang dan siput sedut. Abang Zaqwan memang suka siput sedut. Mama beli pun sebab dia yang pesan. Tapi saya pun suka juga. Kak long pula nampak nasi ambang Pak Ya. Teringin pulak katanya. Mama pun beli. Abah kata nasi ambang tu asal daripada Indonesia. Rupanya ala-ala nasi kerabu Kelantan sebab dia gaul kelapa goreng. Tapi takde la kerabunya. Yasin rasa nasi tu boleh tahan sedapnya. Kemudian Yasin beli tapai. Tapai beras dan tapai ubi. Inilah menu kegemaran Yasin. Yasin pun tak tahu kenapa Yasin boleh suka tapai. Inilah antara sebab Yasin ikut mama ke pasar.

Thursday, 21 May 2009

kenduri kahwin


Baru-baru ni saya ikut ayah saya ke majlis kenduri kahwin kawan opis ayah saya. Nama dia Pakcik Faizal. Ramai orang datang ke majlis tersebut. Makanannya pun sedap. Kebetulan di situ saya ada jumpa kawan saya Firdaus. Hari itu saya rasa bertuah kerana dapat bergambar bersama pengantin.

Sunday, 10 May 2009

karya kawan


Saya ada seorang kawan. Dia memang pandai melukis. Nama dia Ahmad Fittry Azmy. Lukisan dia cantik. Saya cuba ingin jadi macam dia. Dia kata saya mesti banyak buat latihan. Di sini saya tunjukkan lukisan yang dia hantar kepada saya.