Thursday 10 June 2010

Geng Pecah Rumah !


Hah! Nampak ganas tak? Memang ganas pun sebab ini adalah geng pecah rumah! Pecah rumah yang dimaksudkan ialah rumah atuk…

Geng ini amat-amat ditakuti oleh atuk apablia tiba musim cuti sekolah. Sebab apabila kami dah berkumpul dan menjalankan aktiviti sudah tentu boleh meruntuhkan rumah atuk!

Geng ini bergerak aktif apabila tiba musim cuti sekolah sahaja. Musim tidak cuti atuk boleh bernafas lega. Geng ini terdiri daripada Yasin selaku ketua kumpulan, Zikri (sepupu yasin) selaku penolong kanan dan sedara-sedara yang lain sebagai konco-konco.

Antara aktiviti kami ialah seperti berkejar-kejaran di atas rumah atuk. Bermain lawan-lawan gusti sesama ahli kumpulan di atas beranda rumah atuk. Bermain tembak-tembak di bahagian dapur rumah atuk dan bermain sembunyi-sembunyi dari bilik ke bilik rumah atuk.

Pendek kata semua acara banyak berlangsung di atas rumah atuk. Macamana rumah atuk tak pecah!

11 comments:

  1. Sebenarnya inilah adalah aktiviti lama. Masa kekecik dulu. Sekarang ni Yasin dah tak buat dah! Malulah... Lagipun Yasin sayang atuk...

    ReplyDelete
  2. igtkan geng bas skola.. hahah ;p

    ReplyDelete
  3. kadang kadang pon best jugak ade gang macam tu...hahaha...

    ReplyDelete
  4. bila tgk gmbr geng pecah rumah ni teringat plak masa aku dulu kecik2 mcm ko jgk yassin? hehe kenangan2 skrg semua dh ikut haluan masing2.. sedih.. ape2pun selamat bercuti yassin! :)

    ReplyDelete
  5. Abang pun geng pecah rumah gak. HaHa... geng la kita. Memang geng ni turun temurun pon. Dari satu generasi ke satu generasi...

    ReplyDelete
  6. amboi2... adik2 comel ni... teringat kat sepupu2 kat kg..

    ReplyDelete
  7. UNCLE nak jadi KETUA GENG PECAH RUMAH! Sapa nak join sila angkat tangan!

    -

    ReplyDelete
  8. kak syauqah,
    kampung akak kat mana? Diorang ada geng jugak ke?

    ReplyDelete
  9. Haha... uncle mana boleh! Buatlah geng lain plak.

    ReplyDelete