Tuesday 22 June 2010

The Belut Man




Kawan-kawan tentu dah kenal dengan Keluang Man ataupun Cicak Man. Tetapi tentu belum kenal dengan The Belut Man.

Gambar 1:
Haa… Tumpukan perhatian kepada watak yang sedang tunduk menghadap ke depan. Nama dia Akmal. Dia sepupu Yasin. Di kampung Parit Tok Ngah dia dikenali sebagai The Belut Man kerana kepakarannya menangkap belut. Gambar menunjukkan dia sedang memasukkan umpan ke dalam perangkap belut.

Gambar 2
The Belut Man meletakkan perangkap belut di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai lubuk belut.

Gambar 3
Inilah hasil belut yang telah berjaya ditangkap! Lumayan…

Menurut The Belut Man, belut ini amat sedap dimakan. Ia boleh dihidangkan dengan berbagai jenis resepi yang menarik seperti belut goreng berlada dan sup belut spesel. Menurut kata The Belut Man lag,i belut juga berkhasiat sekiranya dimakan selalu. Kulit boleh menjadi licin tanpa perlu membazir duit membeli losyen. Wow… teringin jugak Yasin nak mencubanya…

Tapi Yasin masih agak sedikit ragu-ragu sebab apa yang Yasin tahu The Belut Man pun tidak makan belut!

8 comments:

  1. Agaknya 'The Belut Man' tak nak makan belut sebab dia takut kulit dia terlampau licin, nanti menyusahkan orang kampung Parit Tok Ngah!

    -Rasa selera, nak makan belut!

    ReplyDelete
  2. hahaha sin ni lah first time aq dengar super hero name dye the belut man . so pas ni kau taknak jadi belut man jugak ker ?

    ReplyDelete
  3. uncle,
    nanti bila balik kampung lagi yasin tnaya the belut man kenapa dia tak makan belut.

    ReplyDelete
  4. aliya,
    Itulah pasal... tentu kau baru dengar kan? Super hero malaysia...

    ReplyDelete
  5. Wow.. menarik ye...
    pandai tangkap belut?
    mana belajar ek? heheee

    ReplyDelete
  6. Biasa la bang... kreativiti orang kampung!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. acane dia buat perangkap belut 2?mcm best jer teknik..hehe

      Delete