Friday 30 April 2010

tutup buku sukan


Sukan tahunan SK Bandar Teknologi Kajang sudah pun tamat. Ini bermakna buku sukan Yasin pun telah ditutup. Tiada lagi aktiviti sukan Yasin pada tahun ini.

Acara terakhir Yasin ambil bahagian pada hari itu ialah acara 4 X 100 meter berganti-ganti. Mewakili rumah Jebat. Sekadar mendapat tempat ketiga. Bolehlah... Taklah teruk sangat. Dapatlah jugak pingat.

Acara-acara lain yang Yasin telah sertai ialah acara badminton wakil sekolah dan bolasepak.

Yasin bangga kerana dapat membantu pasukan Jebat mendapat tempat naib johan keseluruhan. Kenangan bersama rumah Jebat amat manis sekali. Sedihnya nak tinggal rumah Jebat. Kalaulah sekolah menengah pun ada rumah Jebat...

InsyaAllah… Yasin akan membuka semula buku sukan Yasin pada tahun hadapan. Di peringkat sekolah menengah pula.

Kalau boleh Yasin nak cuba acara yang lebih lasak dan mencabar. Mungkin acara berkuda atau pun menembak…!

4 comments:

  1. suatu hari nanti aq harap impian kau tercapai untuk menjadi ahli sukan yang hebat insyaallah jgn lupa baca buku psra ngan upsr tau bye...

    ReplyDelete
  2. salam aliya... itu sebab aq tutup buku sukan ni... tumpu peperiksaan la pulak! Semoga kita sama2 berjaya... insyaallah!

    ReplyDelete
  3. BUKU AKAUN AMALAN yang didaftarkan untuk negeri akhirat jangan tutup....tau!


    -anak soleh semua orang suka!

    ReplyDelete
  4. mane boleh tutup uncle...mesti kena buka selalu...

    ReplyDelete