Sunday 18 April 2010

naib juara nasyid


Nak kata gembira, tidaklah gembira sangat. Tapi gembira la jugak... Alhamdulillah... kumpulan nasyid Sekolah Yasin, KAFA ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang telah menjadi naib juara dalam Pertandingan Nasyid Amal Islami Peringkat Sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Kumpulan kami telah berjaya mengalahkan 18 buah kumpulan daripada sekolah yang lain. Walaupun naib juara, kumpulan kami telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sedihnya, sebab tidak mendapat johan tetapi kami tetap bersyukur. Berkat doa dan latihan yang bersungguh-sungguh telah menampakkan hasil.

Terima kasih kami ahli kumpulan, Izzuddin, Muizzudin, Hazim, Iqmal, Syafiq, Farhan, Hizami, Iqmal, Haiqal, Irsyad, Haziq dan Yasin buat ibubapa kami yang memberi galakan. Guru besar kami Ustaz Kadir yang begitu mengambil berat. Ustaz Halim dan Ustaz Alif selaku jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga abang Muhaimin, abang Udin dan abang Azim yang turut membantu serta rakan-rakan seperjuangan yang memberi semangat dan sokongan.

Tanpa anda semua, siapalah kami...

4 comments:

  1. Assalamualaikum anakku, Mama tumpang gembira di atas kejayaanmu. Tahniah! Tapi jangan terlalu gembira kerana ia baru satu permulaan. Usaha dan terus berusaha.

    ReplyDelete
  2. Dah jadi penyanyi nasyid pula.....o.k la tu....
    nasib baik boleh buat album...meletup, semua orang suka....go! go!go! Yassin!

    ReplyDelete
  3. Mama,
    Waalaikumusalam mama. Terima kasih mama. Yasin akan ingat pesan mama.

    Uncle AZ,
    Terima kasih uncle. Kalau ada album, uncle beli tau. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Insyaallah beli...tapi kalau dapat free drp Yasin lagi bagus....heheheeeee!

    -Untung ribu-raban takkan tak boleh sedekah satu?

    ReplyDelete