Saturday 7 November 2009

Mengecat pagar


Ini bukan berlakun lagi. Ini betul-betul... Yasin memang suka mewarna. Baru-baru ini abah telah mengambil kesempatan di atas minat Yasin untuk mengecat pagar rumah yang telah berkarat. Walau bagaimana pun Yasin telah dibantu oleh Abang Iwan.

Setelah beberapa jam, akhirnya pagar siap dicat. Walaupun Yasin tidak puas hati dengan warna cat yang abah beli iaitu warna kelabu, abah kata dia sungguh puas hati dengan hasil kerja Yasin. Alhamdulillah... dapatlah jugak minum air kelapa, abah belanja.

Cuma ada sikit yang tidak sedap didengar. Abah kata kalau macam ni, bolehlah cat rumah pulak... Alamak!!!

4 comments:

  1. Salam anakku Yasin,
    Jangan melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan pujian. Lakukanlah dengan ikhlas kerana Allah. Ganjarannya daripada Allah nanti...

    ReplyDelete
  2. Pesan uncle cuma satu " JANGAN MENCONTENG ARANG KE MUKA AYAH-BONDA!" Teruslah mengecat pagar rumah anda! Heeeee!

    ReplyDelete
  3. terima kasih uncle az. nasihat uncle akan yasin ingat. tapi setakat conteng buku ader la...

    ReplyDelete