Saturday, 20 June 2009

teka-teki

1. Apakah dia kenderaan empat pemandu satu penumpang?

2. Kapal terbang masuk gua keluar apa?

3. Kenapa cucur udang tidak ada udang?

4. Orang panjat pokok nampak bukit, kura-kura panjat pokok nampak apa?

5. Kereta apa yang tidak dipanggil kereta?

Teka-teki ini boleh dijawab oleh semua kecuali adik-beradik dan saudara terdekat. Sebab mereka telah tahu jawapannya. Sesiapa yang dapat menjawab tiga daripada lima soalan akan mendapat hadiah misteri dari Yasin. Tarikh tutup penyertaan ialah sehingga anda giveup. Hahaha.....

Friday, 5 June 2009

model sambilan







Pakcik Camca ialah seorang jurugambar. Suatu hari dia datang ke rumah Yasin. Dia minta Yasin menjadi model buku sekolah. Rezeki jangan ditolak. Yasin setuju aje... Pak cik Camca membawa Yasin ke Taman Tasik Cempaka sebagai lokasi penggambaran. Yasin pun beraksi lagak seorang model profesional. Apa kata kawan-kawan, ada gaya tak?

Saturday, 30 May 2009

Ke Pasar Semenyih

Hari ini Yasin, abah, mama dan kak long pergi ke pasar Semenyih. Mama beli ikan, ayam, udang dan siput sedut. Abang Zaqwan memang suka siput sedut. Mama beli pun sebab dia yang pesan. Tapi saya pun suka juga. Kak long pula nampak nasi ambang Pak Ya. Teringin pulak katanya. Mama pun beli. Abah kata nasi ambang tu asal daripada Indonesia. Rupanya ala-ala nasi kerabu Kelantan sebab dia gaul kelapa goreng. Tapi takde la kerabunya. Yasin rasa nasi tu boleh tahan sedapnya. Kemudian Yasin beli tapai. Tapai beras dan tapai ubi. Inilah menu kegemaran Yasin. Yasin pun tak tahu kenapa Yasin boleh suka tapai. Inilah antara sebab Yasin ikut mama ke pasar.

Thursday, 21 May 2009

kenduri kahwin


Baru-baru ni saya ikut ayah saya ke majlis kenduri kahwin kawan opis ayah saya. Nama dia Pakcik Faizal. Ramai orang datang ke majlis tersebut. Makanannya pun sedap. Kebetulan di situ saya ada jumpa kawan saya Firdaus. Hari itu saya rasa bertuah kerana dapat bergambar bersama pengantin.

Sunday, 10 May 2009

karya kawan


Saya ada seorang kawan. Dia memang pandai melukis. Nama dia Ahmad Fittry Azmy. Lukisan dia cantik. Saya cuba ingin jadi macam dia. Dia kata saya mesti banyak buat latihan. Di sini saya tunjukkan lukisan yang dia hantar kepada saya.

Wednesday, 29 April 2009

silaturrahim


Ini jiran lama saya. Dulu kami tinggal sekampung. Sekarang sudah kampung lain-lain. Namun kami kami masih macam saudara. Ikatan silaturrahim tetap kukuh. Baru-baru ni kami berjumpa di pesta buku Shah Alam. Seronok.

Tuesday, 28 April 2009

soleh


Saya ada kucing. Nama dia Soleh. Soleh suka makan ikan goreng. Setiap hari mama goreng ikan untuk Soleh. Abah juga ada belikan makanan untuk Soleh.

Dulu Soleh ada seekor kawan betina. Nama dia Ning. Mungkin sebab warnanya kuning. Nampak warak jugaklah haiwannya. Sepanjang perhubungannya dengan Soleh, takdelah nampak perkara-perkara yang tak elok berlaku.

Bila kami pindah rumah baru, Soleh dah takde kawan. Musuh adalah. Selalu bergaduh. Bila balik rumah, Soleh selalu darah-darah. Terpaksa saya merawatnya. Saya selalu nasihatkan Soleh supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan haiwan yang tidak baik.

Mudah-mudahan suatu hari dia akan mendengar nasihat saya. InsyaAllah.