Friday 21 August 2009

selamat berpuasa


Yasin rasa amat seronok bila masuk bulan Ramadan. Tak tahu kenapa. Walau pun Yasin kena puasa tapi seronok. Abah kata itu tanda orang beriman. Ye ke? Alhamdulillah...

Yasin mula puasa penuh masa umur Yasin 6 tahun. Memang abah dan mama ajar Yasin begitu. Semua abang dan kakak Yasin pun mula puasa penuh masa umur 6 tahun. Masa umur 5 tahun puasa tidak penuh. Dah tak ingat dah berapa hari...

Sungguh seronok bila tiba waktu berbuka. Mama selalu masak makanan kegemaran Yasin. Yasin tahu mama layan Yasin sebab nak pujuk Yasin jangan tinggal puasa. Tapi Yasin tahu, ustaz selalu cakap kita puasa mesti kerana Allah.

Yasin solat terawih di surau. Tapi kadang-kadang ada juga kat rumah. Seronok! Dapat jumpa kawan-kawan dan dapat makan moree. Kadang-kadang nasi beriani, kadang-kadang satey. Kadang-kadang KFC pun ada...

Tapi tak seronoknya sebab tak boleh makan lama-lama... nanti Kaklong dan abang Iwan marah... sebab diorang dah lama dok tunggu Yasin dalam kereta.

Tuesday 11 August 2009

Ke Majils Tilawah Al-Qur'an


Malam Minggu lalu Yasin ke PWTC, KL. Yasin tengok Tilawah Al-Qur'an peringkat antarabangsa. Wow! Inilah kali pertama Yasin dapat tengok acara ini secara hidup. Sebelum ini Yasin tengok kat tv sahaja.

Malam itu dewan penuh. Mungkin sebab malam cuti. Acara bermula pukul 8.45 malam. 11 peserta mengaji. Mereka dari berbagai negara. Ada dari Thailand, India, Iran dan Sri Lanka. Negara yang tidak pernah Yasin dengar pun ada. Yasin pun dah lupa... Rasa-rasa Yasin pun nak jadi macam diorang. Suara mereka sedap. Tapi setakat ni Yasin cuma dapat masuk pertandingan azan wakil sekolah aje.

Pukul 11.30 malam acara pun tamat. Masa pulang, Yasin terserempak dengan sekumpulan orang Arab. Abah kata itu barisan hakim pertandingan. Salah seorang telah mencubit pipi Yasin. Mungkin rupa Yasin sama macam anak dia kot.

Wednesday 5 August 2009

Demam


Gambar: Bersiap untuk pergi ke kem "Melentur Buluh"

Petang Ahad,Yasin baru balik daripada kem MELENTUR BULOH. Pada hari itu Yasin berasa masih cergas dan sihat lagi. Tapi pada keesokan harinya selepas mama kejutkan Yasin daripada tidur untuk pergi ke sekolah, Yasin berasa seperti tidak bermaya untuk bergerak dan berasa amat letih untuk pergi ke sekolah. Selepas Yasin siap memakai baju sekolah Yasin baring di sofa. Apabila mama turun ke bawah, mama pegang dahi Yasin. Mama macam terperanjat... "Hah! Panas badan ni! Tak payah pergi sekolah!" Memang badan Yasin panas ketika tu. Yasin diam je. Malamnya abah bawak Yasin ke klinik. Yasin dapat cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa. Best jugak duduk rumah takde buat ape-ape. Pada hari Rabu Yasin telah kembali sihat dan cergas semula. Bersyukur kepada Allah.