Wednesday 29 April 2009

silaturrahim


Ini jiran lama saya. Dulu kami tinggal sekampung. Sekarang sudah kampung lain-lain. Namun kami kami masih macam saudara. Ikatan silaturrahim tetap kukuh. Baru-baru ni kami berjumpa di pesta buku Shah Alam. Seronok.

Tuesday 28 April 2009

soleh


Saya ada kucing. Nama dia Soleh. Soleh suka makan ikan goreng. Setiap hari mama goreng ikan untuk Soleh. Abah juga ada belikan makanan untuk Soleh.

Dulu Soleh ada seekor kawan betina. Nama dia Ning. Mungkin sebab warnanya kuning. Nampak warak jugaklah haiwannya. Sepanjang perhubungannya dengan Soleh, takdelah nampak perkara-perkara yang tak elok berlaku.

Bila kami pindah rumah baru, Soleh dah takde kawan. Musuh adalah. Selalu bergaduh. Bila balik rumah, Soleh selalu darah-darah. Terpaksa saya merawatnya. Saya selalu nasihatkan Soleh supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan haiwan yang tidak baik.

Mudah-mudahan suatu hari dia akan mendengar nasihat saya. InsyaAllah.

Monday 27 April 2009

kawan-kawan


Hobi saya melukis. Di masa lapang saya melukis. Saya lukis apa saya yang terlintas di fikiran saya. Satu hari saya teringat kawan-kawan saya di sekolah. Saya tersenyum sendirian apabila mengenangkan telatah dan kerenah mereka. Wajah mereka seorang demi seorang tergambar di fikiran saya. Saya lukis. Inilah gambar kawan-kawan saya yang sempat saya lukis. Kepada mereka yang belum sempat saya lukis, saya minta maaf. Di lain kesempatan insyaAllah saya akan lukis. Jangan marah ye!

belajar

Malam-malam selepas solat isyak saya belajar dengan kakak saya. Nama kakak saya Nurul Syuhada. Dia dah tingkatan 2. Dia pandai. Saya nak jadi macam dia. Saya selalu berdoa kepada Allah supaya dapat pandai macam kakak saya. InsyaAllah.

salam perkenalan

Nama saya Ahmad Yasin. Umur saya 11 tahun. Masih di sekolah rendah. Sebelah pagi saya belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang. Sebelah petang pula saya bersekolah di Sekolah Kafa Intergasi Ar-Raihan.

Saya suka belajar. Paling-paling saya suka ialah matematik. Senang sangat. Lagi saya suka bahasa Arab. Pernah dulu saya mewakili pasukan dikir barat bahasa arab sekolah masuk peringkat daerah. Sayang takde gambar. Kalau tidak boleh tunjuk. Lain-lain mata pelajaran pun saya suka juga. Tapi susah sikit.

Saya ada ramai kawan. Kalau kawan-kawan tengok blog saya ni, bolehlah bagi komen.